Warga Nigeria dikenakan hukuman gantung kerana edar dadah di Tabuan 0 5742

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki warga Nigeria setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 220 gram.

Pesuruhjaya Kehakiman Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman itu ke atas Jonas Chihurumnanya selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung kesnya.Jonas dipercayai merupakan pegawai perhubungan bagi pelajar Nigeria di sini, ditangkap polis di kawasan letak kereta di sebuah restoran makanan ringan di Jalan Canna,Tabuan dekat sini pada 7 Jun 2016 selepas tengah malam.

Memakai kemeja-T berwarna hitam, Jonas diwakili peguam Lim Lian Kee dan Wit Malang, kelihatan tenang ketika hukuman dibaca oleh hakim.Seramai sembilan saksi pendakwaan hadir semasa perbicaraan manakala Jonas di bawah kenyataan bersumpah apabila membuat pembelaan.Pada mulanya Jonas didakwa bersama seorang lagi tertuduh iaitu Ifasinachi Dominic Oguzie, bagaimanapun  waran tangkap dikeluarkan kerana dia gagal hadir mahkamah semasa perbicaraan.Ikat jamin RM10,000 telah dilucuthakkan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta DadahBerbahaya 1952 dan dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 39A(2), seksyen yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan.Sebelum hukuman dijatuhkan semalam, peguam-peguam Jonas mengemukakan permohonan untuk penangguhan keputusan (mahkamah) di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan saksi kes dipanggil untuk memberi kenyataan.Mereka mengatakan bahawa seorang saksi wanita yang merupakan rakan kepada Ifasinachi akan dipanggil untuk memberi keterangan semula.

Wit berkata wanita berkenaan telah melihat lampin pakai buang yang sama digunakan untuk membalut dadah yang dijumpai di dalam kereta ketika kedua-dua tertuduh ditangkap.Bagaimanapun, DPP Musli Abdul Hamid berkata tertuduh tidak pernah menyatakan nama dan meminta mahkamah menolak permohonan itu.Jonas ketika mengemukakan pembelaan berkata, kereta Perodua Kancil itu dipandu Ifasinachi yang juga dikenali sebagai Bobby.Dia memberitahu bahawa Bobby meminjam kereta berkenaan daripadanya untuk ke sebuah kedai dobi dan kemudian meletakkan kunci kereta itu di ruang tamu.Jonas kemudiannya menggunakan kereta berkenaan untuk ke sebuah restoran makanan ringan sebelum dia ditangkap  sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13487

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news