Waris tahanan berlepas ke Kemboja 0 6134

Wakil keluarga dua daripada 40 tahanan warga Sarawak berlepas ke Kemboja hari ini bagi meninjau sendiri keadaan mereka di negara itu.

Selain Zunita Sedini yang juga ibu kepada
Yusuf Islam Abdul Halik, turut serta ialah kakak seorang daripada tahanan, Chong Mei Lan.

Mereka diiringi Ahli Parlimen Selangau, Larry Sng Wei Shien yang juga Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) berlepas ke Siam Reap, Kemboja melalui Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2), pagi tadi.

Setibanya di Siam Reap, kumpulan itu akan terus ke Poipet melalui perjalanan darat selama sejam setengah untuk melihat sendiri keadaan kesemua tahanan termasuk masing-masing tiga lagi dari Sabah, Selangor dan seorang dari Kuala Lumpur di Penjara Wilayah Banteay Mancheay.

Difahamkan, kumpulan itu akan turut disertai wakil Kedutaan Malaysia di Kemboja, selain seorang individu dikenali sebagai Mohd Azra Abdul Razak yang banyak membantu menjaga kebajikan tahanan terbabit.

Keseluruhannya, 47 warga Malaysia ditahan di penjara itu sejak 11 Disember lalu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian di negara berkenaan.

Kesemua individu terbabit dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa yang berselindung di sebalik pelbagai tawaran pekerjaan bergaji lumayan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news