Watson lapor polis, nama ‘dijual’ untuk promosi bitcoin 0 7264

MIRI: Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini tampil membuat laporan polis apabila terdapat pihak menyalahgunakan nama serta gambar beliau untuk mempromosikan siling digital, bitcoin.

Watson berkata beliau juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, beliau tidak pernah sama sekali terlibat dengan aktiviti revolusi bitcoin mahupun menghadiri mana-mana program yang berkaitan dengan bitcoin seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Laporan polis dibuat hari ini kerana ada pihak yang tidak dikenali menyalahgunakan nama dan gambar saya untuk tujuan mempromosikan scam (penipuan) bitcoin yang tidak diketahui kewujudannya.

“Atas nasihat pihak polis, saya akan membawa perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Miri, hari ini.

Watson yang hadir membuat laporan polis kira-kira pukul 3.14 petang tadi turut ditemani oleh isterinya Phylis Watson.

Bekas pemegang rekod 100 meter kebangsaan itu sebelum ini juga pernah menafikan laporan yang mendakwa beliau jutawan bitcoin – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news