Yayasan Sarawak banyak bantu pelajar miskin, luar bandar dalam 48 tahun 0 5937

KUCHING: Yayasan Sarawak yang berusia hampir setengah abad telah memainkan peranan besar dalam membantu pelajar semua kaum di negeri ini.

Yayasan Sarawak membelanjakan RM24.34 juta dalam bentuk biasiswa yang dinikmati 9,392 pelajar sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya Azmi Bujang berkata, bagi pinjaman pelajaran pula, sebanyak 2,037 pelajar ditaja, membabitkan perbelanjaan RM17.93 juta.

Katanya, kedua-dua bantuan itu adalah untuk pelajar sekolah menengah, sijil hingga peringkat PhD di dalam atau di luar negara.

Beliau turut menjelaskan, Yayasan Sarawak yang akan meraikan ulang tahun ke-48 pada 27 Mei ini, sentiasa memberi keutamaan kepada pelajar miskin dan pelajar luar bandar.

Pada tempoh sama, katanya, sebanyak 18,976 pelajar mendapat manfaat melalui pelbagai skim.

“Yayasan Sarawak sentiasa memastikan pelajar luar bandar menikmati pendidikan berkualiti dengan membawa pendidikan lebih dekat kepada mereka,” katanya.

Yayasan Sarawak yang ditubuhkan pada 1971 bertujuan memastikan rakyat daripada semua lapisan mendapat manfaat melalui pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan.

Beliau berharap dalam tempoh lima tahun mendatang, Yayasan Sarawak dapat memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan pendidikan di negeri ini. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news