‘Ysuku’ dalam pemerhatian polis 0 7913

KUALA LUMPUR: Motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia kini yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Sebagai contoh, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya.

“Polis juga bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut.

“Dalam hal ini, penunggang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna kenderaan lain.

“Kita akan pantau kes pengubahsuaian ini, polis dan JPJ akan mengadakan operasi sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan pengguna motosikal terbabit,” katanya pada sidang media Op Khas Kenderaan Perdagangan, di Plaza Tol Duta, di sini, malam tadi.

Mengulas operasi khas itu, Mohd Nadzri berkata sebanyak 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi selama enam hari berakhir malam tadi.

“Dalam tempoh sama, seramai 18 pemandu kenderaan perdagangan (bas dan lori) berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan kerana positif dadah.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap isu berkenaan, kita akan ambil tindakan tegas supaya kes itu tidak berulang,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news