Zionis bunuh remaja lelaki Palestin 0 6280

GAZA: Seorang remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun terbunuh, hari ini, akibat ditembak Israel ketika tunjuk perasaan dan pertempuran di sempadan timur Gaza, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang ditadbir Hamas.

“Mohammed al-Jahnuh terkena tembakan tentera Israel di leher,” kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra kepada AFP.

Tentera Israel berkata, kira-kira 8,000 penduduk Palestin berkumpul di sepanjang sempadan, membakar tayar dan membaling objek merbahaya ke arah tentera.

Katanya, tentera melepaskan tembakan menurut prosedur operasi tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Al-Qudra berkata, 46 penduduk Palestin termasuk dua wartawan dan empat kakitangan perkhidmatan kecemasan cedera. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news