Liverpool sambut Krismas di tangga teratas selepas menang 2-0 0 5884

WOLVERHAMPTON: Liverpool bakal menyambut Krismas dengan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas jaringan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk memastikan kemenangan 2-0 pasukan itu ke atas Wolverhampton Wanderers, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp kini berkelebihan empat mata di depan penghuni tangga kedua, Manchester City.

Bagaimanapun, City berpeluang mengurangkan jurang kepada satu mata jika berjaya melakar kemenangan ke atas Crystal Palace di Stadium Etihad, malam ini.

Apa jua keputusan dalam perlawanan itu, rekod tanpa kalah yang diraih Liverpool selepas 18 perlawanan setakat ini menyaksikan mereka tetap akan meraikan sambutan Krismas di tangga teratas liga.

Walaupun anak buah Klopp gagal beraksi pada tahap prestasi sebenar kerana bermain dalam hujan, kemenangan itu hadir selepas kejayaan cukup penting menewaskan Manchester United 3-1, Ahad lalu.

“Memang sangat jelas, secara keseluruhannya ia perlawanan yang cukup sukar. Semua orang mahu memberikan tekanan.

“Kami mahu menjadi lebih kompak tetapi dalam masa sama kami juga mahu bermain secara terbuka dan itu menambah lagi kesukaran kami. Kami bertahan dengan baik.

“Hujan lebat menyukarkan kedua-dua pasukan malam ini (awal pagi tadi). Ia perlawanan yang penting dan kami sedar kami perlu bersedia.

“Kedua-dua gol yang dijaringkan sangat cemerlang, ia permainan bola sepak sempurna terutama malam seperti ini apabila sukar bermain bola sepak dengan baik,” kata Klopp.

Terdahulu, Salah membuka tirai jaringan buat Liverpool pada minit ke-18 selepas menyempurnakan gerakan yang dimulakan Sadio Mane dan pemain tengah Brazil, Fabinho.

Salah turut memainkan peranan untuk gol kedua The Reds apabila hantarannya disempurnakan Van Dijk pada minit ke-68. – REUTERS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7760

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5378

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news