ZYZ FC wakili Sarawak bagi merebut RM100 Ribu di Kejohanan Raja Futsal peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur 0 6906

Kuching: Pasukan ZYZ FC semalam telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi juara kejohanan “Raja Futsal Malaysia” peringkat negeri Sarawak yang diadakan di Arena Sukan di Simpang 3 Kuching.

Pada perlawanan akhir semalam pasukan ZYZ FC menewaskan pasukan MYEG dari Kuala Lumpur dengan keputusan 3-2.

Dengan kemenangan tersebut pasukan ZYZ FC berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 berserta pingat kejuaraan. Apa yang lebih manis dengan kejuaraan tersebut ia melayakan pasukan ZYZ FC mewakili negeri Sarawak ke kejohanan “Raja Futsal Malaysia” peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan November nanti.

Apa yang menarik mengenai pasukan ZYZ FC ini ia dibarisi pemain-pemain dari seluruh Sarawak dan sering menjuarai kejohanan futsal yang diadakan sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Apa pun sama-samalah  kita berdoa agar pasukan FC berjaya di Grand Final nanti dan dapat bersaing dengan pasukan handalan di seluruh Malaysia. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12035

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7403

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link