1 maut, 2 cedera pikap terbabas di Jalan Miri Bypass 0 7303

MIRI: Seorang lelaki maut, manakala dua lagi penumpang termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan dalam satu kejadian di Jalan Miri Bypass,hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, kenderaan jenis pikap yang dipandu mangsa dikatakan terbabas ke tepi jalan raya selepas hilang kawalan.

Impak daripada kemalangan itu, mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal duniadi tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Manakala penumpang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan, berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut oleh orang awam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelumdibawa menggunakan ambulans ke hospital.

Manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Miri menggunakan kenderaan polis. Identiti mangsa yang meninggal dunia belum dapat dipastikan setakat berita ini ditulis.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13440

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news