15 pengawal keselamatan JPM dibebaskan SPRM 0 6004

Kesemua pengawal yang ditahan sebelum ini dibebaskan. Foto oleh RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA – Seramai 15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan kesemua 15 pengawal keselamatan Gred KP11 itu dibebaskan masing-masing dengan jaminan SPRM dan seorang penjamin.

Terdahulu, kesemua 15 pengawal keselamatan berusia antara 31 hingga 51 tahun tersebut tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki sebuah bas pada pukul 9.03 pagi dan dilihat memakai baju biasa serta tangan bergari.

Difahamkan, dua lagi pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini berhubung kes sama telah dibebaskan Jumaat lalu termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun.

Sebelum ini, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama lima hari ke atas kesemua 17 anggota keselamatan terbabit pada 8 Ogos lalu bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.

Kesemua mereka ditahan antara pukul 2.45 hingga 3.15 petang, 7 Ogos lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

SPRM turut merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan buah motosikal bernilai RM90,000 daripada semua suspek. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news