Cadangan beri tanah lot atasi kesesakan kampung tradisi di Sarawak 0 5709

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadang agar memberi tanah lot kepada anak Sarawak yang telah berkeluarga terutama yang masih menumpang tempat tinggal dengan ibu bapa di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Cadangan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya yang memberitahu,perkara itu wajar dipertimbangkan bagi mengatasi masalah kepadatan di kampung tradisi.

Malah katanya, ia juga bagi membolehkan anak Sarawak berkeluarga me-miliki tanah lot untuk mendirikan rumah mereka

“Saya telah sebut sebanyak tiga kali dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tentang keperluan setiap anak Sarawak yang telah berkeluarga terutama di kampung-kampung tradisi dianugerahkan tanah lot untuk mereka bina rumah di atas tanah berkenaan.

“Hal ini kerana rumah-rumah di kampung tradisi sudah terlalu sesak dengan ahli keluarga yang terus bertambah saban tahun,” katanya menerusi WhatsApp di sini semalam.

Juanda menjelaskan, pemberian tanah lotitu pernah dilaksanakan ketika zaman bekas Ketua Menteri Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub.

Katanya, seperti skim pembesaran kampung di Kampung Gita dan Kampung Malaysia Jaya, pelaksanaan cadangan itu cukup berjaya.

“Sewajarnya idea yang berjaya untuk kebaikan rakyat seperti ini harus diteruskan dan dikembangkan ke tempat lain.

“Justeru, saya sarankan seperti mana yang disuara-kan di DUN sebelum ini iaitu seekar tanah dimiliki dan dibahagi untuk empat keluarga,” tegasnya.

Menurutnya lagi, Sarawak merupakan negeri yang paling luas tanahnya.“Bumi Sarawak adalah milik rakyat Sarawak, idea ini sewajarnya diperjuangkan oleh semua lapisan rakyat Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, jika tiada yang menyuarakan perkara itu, maka tidak ramai ge-nerasi baharu di negeri ini memiliki tanah dan rumah sendiri di kampung asal mereka – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13451

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8141

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news