18 lelaki ditahan polis kerana positif dadah di Bintulu 0 7394

BINTULU: Seramai 18 lelaki warga tempatan diberkas oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu berikutan didapati positif dadah dalam Ops Sarang yang dijalankan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, 18 lelaki yang ditangkap itu berumur antara 19 hingga 45 tahun di Pasar Lama Bintulu dan saringan ujian air kencing yang dibuat didapati positif dadah.

Jelasnya, Ops Sarang yang dilakukan itu adalah untuk mengesan dan menangkap penagih dadah.

“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan sendiri,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri memperuntukkan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 dan diletakkan bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news