Polis tangkap seorang bapa kerana rogol anak kandung sendiri di Lawas 0 6074

Lawas: Seorang Bapa berusia 47 tahun itu ditangkap di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di Lawas di syaki merogol Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lelaki Melayu berkenaan ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya sendiri di Balai Polis Lawas, hari ini.

Dalam laporannya mangsa memberitahu bapanya telah melakukan perbuatan keji tersebut sejak dia berusia 15 tahun lagi Mangsa terpaksa akur kerana takut dimarahi sekiranya membantah kemahuan bapanya.

“Menurut keterangan mangsa, suspek merogolnya secara berkala iaitu antara 3 atau 4 bulan sekali. Kali terakhir suspek merogol mangsa pada 1 Februari lalu kira-kira jam 10.00 pagi ketika mangsa berada di pondok kebun getah milik keluarganya” jelas DSP Abang Zainal Abidin ketika mengesahkan polis Lawas ada menerima aduan yang dibuat oleh mangsa yang kini berusia 25 tahun.

Menurut DSP Abang Zainal Abidin lagi, setakat ini polis sudah merakam percakapan 10 saksi terdiri darikeluarga mangsa bertujuan membantu siasatan kes terbabit. Mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan esok untuk siasatan lanjutkes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Discovery lawas

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13406

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news