2 Warga Emas Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Sadong Jaya 0 5803

KOTA SAMARAHAN: Malang menimpa dua lelaki warga emas apabila mereka menemui ajal dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasentren, Sadong Jaya Ulu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Bungkus Jati, 68, dan pejalan kaki,Amat Nasip Madenasti, 64.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Viva, Perodua Kancil, motosikal jenis Honda dan pejalan kaki.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah Perodua Viva yang datang dari Sadong Jaya menuju ke arah SMK Pasentren tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa di laluan sama.

“Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar seorang pejalan kaki di bahu jalan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah Perodua Kancil yang kebetulan bergerak di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, kesan perlanggaran itu telah mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan mereka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pemandu kereta berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat pada pukul 2 petang ini.”Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14893

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news