Penurunan kuasa antara kerajaan persekutuan dan Sarawak, Sabah berjalan lancar 0 5530

KUCHING, Mac 29: Jawatankuasa Pemandu Ke-2 pelaksanaan penurunan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah (‘Devolution of Authority’) telah bermesyuarat hari ini di Parlimen dan dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Seri Nancy Shukri.
Beberapa perkara telah dibincangkan dengan hasil yang positif, seperti pemberian khas kepada Sabahdan Sarawak dan pemberian semula kuasa mengenai elektrik dan pengagihan gas kepada Sabah.
Kesemua perkara ini seterusnya akan dikemukakan ke peringkat Jemaah Menteri bagi mendapatkan keputusan dasar.Bagi isu pengagihan gas di Sarawak, perkara ini sudahpun dipersetujui sebelum ini bahawa Sarawak sememangnya mempunyai kuasa untuk mengagihkan gas di negeri tersebut di bawah ‘Gas Distribution Ordinance’ 2016.
Langkah seterusnya ialah perbincangan bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk peringkat pelaksanaan ‘Gas Distribution Ordinance’2016.
Menurut Nancy, perlaksanaan penurunan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawaksudah pun bermula dengan kebanyakan 13 perkar aadministratif yang telah dipersetujui sebelum ini berjaya dilaksanakan.
Kata Nancy, antaranya ialah pemberian tauliah mengikut Kanun Tatacara Jenayah kepada para Pegawai Undang-Undang Negeri oleh Pendakwa Raya untuk membuat pendakwaan bagi kesalahan mengikut Ordinan negeri daripada peringkat seseorang itu dikenakan pertuduhan di mahkamahrendah sehingga ke peringkat rayuan.
“Selain itu, penambahan 100 jawatan baharu dengan pengisian sepenuhnya dalam Jabatan Imigresen Sarawak bagi menambahbaik fungsi penguatkuasaan di Sarawak juga telah dilaksanakan sepenuhnya.
“Beberapa perkara lain seperti isu Jabatan Kebajikan, kini berada di peringkat akhir perbincangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Turut hadir ialah Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. — DayakDaily
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news