33 Klinik 1Malaysia akan ditutup 0 5653

SEBANYAK 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat selepas laporan akhir berhubung tiga isu utama Kementerian Kesihatan dibentangkan ke Kabinet.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiga laporan yang bakal dimuktamadkan membabitkan Klinik 1Malaysia, caj rundingan pengamal perubatan dan doktor di klinik dan hospital swasta serta kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah.

“Selebihnya bakal diubahsuai menjadi klinik komuniti dan penstrukturan semula akan memantapkan lagi pentadbiran klinik sehingga ke akar umbi.

“Selain itu, beberapa kelainan baharu bakal dilaksanakan antaranya menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2018, hari ini.

Dzulkefly berkata, pihaknya sudah mengumpulkan pandangan dan cadangan berhubung penetapan kadar harga konsultasi yang dikongsikan ketika sesi β€˜town hall’ minggu lalu.

“Pandangan dan cadangan ini ada pro dan kontra namun semuanya akan saya rumus dan bentang kepada kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara yang dijangka dinaikkan antara RM30 hingga RM125.

Mengulas lanjut, beliau sedang menunggu laporan lengkap daripada Badan Penyiasatan Bebas yang menyiasat kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital.

“Saya sedang menunggu laporan akhir yang akan dibentangkan selewat-lewatnya pada minggu depan.

“Kita akan pertimbangkan cadangan bagi memastikan isu ini dapat dikawal dan tidak akan berulang lagi,”Β katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13394

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news