Penduduk Miri terputus bekalan gas sejak awal pagi tadi 0 6578

Pengusaha premis makanan terpaksa menggunakan bekalan dari tong gas sementara menunggu bekalan gas asli bawah tanah kembali pulih

MIRI: Sebahagian besar penduduk di Miri yang menikmati kemudahan sambungan gas asli cecair secara terus ke rumah, berdepan masalah ketiadaan gas dan tekanan gas rendah di sesetengah kawasan, seawal pukul 7 pagi tadi.

Situasi ini yang menyebabkan ramai mengeluh, khususnya di kalangan suri-suri rumah dan pemilik premis makanan termasuk di hotel-hotel, kerana tidak dapat memasak dan menyediakan hidangan, dengan pelbagai aduan dikemukakan kepada pihak Sarawak Gas.

Keadaan tersebut menyebabkan para pemilik kedai makan tiada pilihan selain mendapatkan bekalan daripada tong gas sementara menunggu bekalan kembali pulih.

Sementara itu, Ketua Pembangunan dan Pengeluaran Aset Minyak Sarawak Malaysia, Petronas Carigali Upstream, Anuar Ismail, dalam maklum balasnya kepada Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin hari ini memaklumkan berlaku masalah teknikal pada pemampat gas di pelantar Baram malam tadi, menyebabkan saluran gas terpaksa ditutup.

“Kita akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan keadaan dan pihak kami amat memahami kesulitan yang berlaku terhadap penduduk bandar raya ini dan kami memberikan keutamaan yang tinggi untuk menyelesaikannya,” jelas beliau.

Beliau turut mengakui, Petronas Carigali sudah memaklumkan kepada pihak berkaitan berhubung masalah tersebut, namun mungkin wujud masalah komunikasi, dengan pihaknya akan mengkaji jika terdapat kesilapan dan akan memperbaiki keadaan.

Annuar berkata pihaknya turut memohon maaf terhadap masalah operasi tidak dirancang itu dan akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan gas.

“Saya juga dimaklumkan oleh pasukan saya bahawa pada jam 8.30 pagi tadi, beberapa telaga minyak sudah mulai beroperasi semula dan bekalan gas ke Miri akan kembali normal seperti biasa,” katanya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news