37 kaki sabung, antara 75 dijerut polis kerana terlibat judi pada minggu pertama 2018 0 6486

KUCHING: Seramai 37 kaki sabung dan peminat sabung ayam menyambut kehadiran tahun baharu 2018 di dalam lokap setelah mereka diserbu polis di gelanggang sabung ayam di Batu Niah, Miri pada 1 Januari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan yang diketuai Asisten Superintendan Lim Jaw Shyong itu dilakukan di kawasan terbuka di Ulu Suai, Niah.

“Dalam serbuan itu juga, kita merampas ayam sabung hidup dan mati, serta pelbagai peralatan perjudian.

Kejayaan ini kata Dev, merupakan sebahagian daripada 27 serbuan berjaya sepanjang tujuh hari pertama 2018, yang membawa kepada penahanan 75 individu.

“Daripada 27 serbuan, lima dilakukan oleh anggota siasatan jenayah Kontijen Sarawak, empat serbuan oleh masing-masing Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Miri dan Padawan dan dua serbuan oleh masing-masing IPD Sibu dan Limbang.

“Serbuan lain dilaksanakan oleh IPD Bintulu, Sri Aman, Sarikei, Kota Samarahan, Bau dan Mukah.

Jelas Dev, bagi mengekang judi atas talian, serbuan kini tertumpu di kedai serba guna 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan kad tambah nilai kepada tahi judi.

“Sebanyak 10 serbuan berkait judi ini dilakukan di Kuching, Padawan, Miri, Bintulu, Sri Aman dan Limbang, yang menghasilkan 21 tangkapan serta rampasan 17 tablet dan telefon bimbit, selain wang tunai RM3,934.

Sebanyak 16 serbuan lain pula katanya, dilakukan di kaunter yang menjual loteri 4D haram di sembilan daerah.

“Ia membawa kepada penahanan 17 individu, dan rampasan wang tunai
RM5,789, telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

“Daripada 75 yang ditahan, 67 adalah lelaki dan kesemua mereka berusia 17 hingga 62 tahun, termasuk lapan warga asing.

Kesemua yang ditahan kini disiasat untuk kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan 1962. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news