50 ribu penduduk mahu projek Jambatan Marudi diteruskan 0 5734

MARUDI: Penduduk menggesa agar projek pembinaan Jambatan Marudi yang menghubungkan pekan kecil itu dengan Miri bernilai RM45 juta, diteruskan.

Pembinaan Jambatan Marudi perlu diteruskan untuk melonjakkan ekonomi penduduk luar bandar di kawasan Baram, di utara Sarawak.

Ketika ini, lebih 50,000 penduduk yang bergantung kepada jalan darat terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk mendapatkan keperluan harian di Miri.

Peniaga, Lim Su Fan, 55, berkata pembinaan jambatan itu bakal melonjakkan ekonomi penduduk luar bandar, sekali gus membolehkan mereka memasarkan hasil pertanian di Miri.

“Sekarang, kami masih bergantung kepada perkhidmatan feri di Sungai Baram untuk menyeberangi Sungai Batang Baram.

“Ia menyukarkan penduduk kerana terpaksa menunggu lama untuk menyeberangi Sungai Baram,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya jambatan, banyak hasil pertanian yang ada di Baram dapat dipasarkan dengan mudah di kawasan bandar.

Justeru, beliau berharap kerajaan yang baharu dapat meneruskan projek berkenaan untuk kebaikan rakyat di kawasan luar bandar utara negeri ini. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15092

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8375

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news