PUTERI JEPUN INI SANGGUP GADAIKAN STATUS DIRAJANYA UNTUK MENGAHWINI RAKYAT BIASA 0 3253

Tahun lepas, Puteri Mako, 26, dari Jepun telah melepaskan status dirajanya supaya dia boleh mengahwini tunangnya yang merupakan seorang rakyat biasa.K

ini, sepupunya Puteri Ayako, 27, pula mengikut jejak langkahnya untuk mengikat tali pertunangannya pada bulan depan dengan Kei Moriya, seorang lagi lelaki biasa. Mereka dijadualkan berkahwin pada bulan Oktober.

Waaupun Putera William dan Harry dari Britain kedua-duanya mengahwini orang biasa, mereka masih dapat mengekalkan status diraja mereka. Malangnya ia tak diamalkan oleh semua institusi diraja dunia.D

alam kes Ayako, dia harus meninggalkan keluarga diraja Jepun sebaik saja dia berkahwin.

Foto: Getty

Kei, 32, yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan Jepun, telah bertemu dengan Ayako tahun lepas menerusi ibu-bapa mereka.

Ibu Ayako telah memperkenalkan Kei kepadanya supaya dia lebih berminat untuk berjuang demi hak asasi manusia. Nampaknya lain pula yang jadi.

β€œSaya telah bertemu dengan Kei untuk pertama kali pada bulan Disember tahun lepas,” kata Ayako di sebuah sidang media, menurut Japan Times.

β€œSaya ingat lagi, perbualan kami terlalu rancak sampai tak rasa yang kami baru saja berkenalan. Saya terlalu seronok bercakap dengannya hingga tak perasan yang banyak masa telah berlalu.”

Foto: Getty/Koji Sasahara

Kei pula berkata yang dia telah jatuh hati kepada personaliti Ayako yang positif dan ceria. Dia telah mengajak Ayako untuk berkahwin ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran.

Ayako dikatakan tidak memberinya jawapan terus, tapi dia tahu, setelah meneliti cara Kei berinteraksi dengan rakan-rakannya serta ahli keluarga, yang dia ingin bersama dengan Kei.

Sementara itu, Mako dan teman lelakinya ketika di kolej, Kei Komuro, telah bertunang tahun lepas. Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka November ini, tapi mereka postpone hingga tahun 2020.

Foto: Getty

Katanya mereka ingin fokus terlebih dahulu kepada majlis penurunan takhta datuknya di mana anak lelakinya akan ambil alih pada tahun depan.

Selain Ayako dan Mako, kakak Ayako, Puteri Noriko, juga telah berkahwin dengan orang biasa pada tahun 2014. Ya, dengan itu, dia telah lepaskan status dirajanya.

Foto: imperialfamilyjapan.wordpress.com

Kini, penggubal undang-undang di Jepun dilaporkan sedang merombak balik undang-undang di mana hanya ahli keluarga diraja lelaki yang boleh memegang takhta dan ahli kerabat wanita perlu tinggalkan keluarga diraja jika ingin mengahwini orang biasa.

Kasihan! Tapi Ayako nampaknya gembira dengan keputusan untuk mengikut kata-kata hatinya. Baguslah.

Sumber: Cosmopolitan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8361

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news