8 kawasan kritikal air di Pusa dapat tangki simpanan 0 6138

PUSA: Sebanyak 604 tangki simpanan air diagihkan kepada penduduk di kawasan Maludam dan Kampung Tuie.

Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Pusa SAO Iszarul Japar memberitahu, sebanyak 300 daripadanya telah disalurkan ke kawasan Maludam dan 304 lagi untuk penduduk di Kampung Tuie.

“Proses penyaluran bantuan tangki tersebut oleh Kerajaan Negeri itu bermula pada 4 Ogos lalu.

“Jumlah tersebut sebahagian daripada 2,447 permohonan daripada penduduk sekitar daerah ini yang sering mengalami masalah bekalan air yang kritikal,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Pejabat Daerah Pusa menerima sebanyak 2,447 permohonan bantuan daripada penduduk sekitar daerah ini yang sudah dimajukan kepada kerajaan negeri.

Untuk kawasan lain tambahnya masih menunggu dan insha-Allah pengagihan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kawasan DUN.

Antaranya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas iaitu melibatkan Kampung Serabang dan bagi DUN Beting Maro pula merangkumi seluruh kampung di Daerah Pusa termasuk rumah panjang dan Kampung Batang Maro.

“Sekiranya diluluskan, kesemua 2,447 keluarga akan mendapat manfaat bagi pengagihan tangki simpanan air untuk tahun 2018 di bawah seliaan Pejabat Daerah Pusa,” tambahnya.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kampung Tuie Kaunselor Suib Paiee menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan negeri untuk membantu masyarakat di kawasan yang mengalami krisis bekalan air yang kritikal.

“Saya mewakili penduduk di Kampung Tuie merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan tangki simpanan air ini.

“Terima kasih juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam dan Pejabat Daerah Pusa yang telah berusaha menyediakan bantuan seperti ini,” ujarnya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13561

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8158

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news