Polis tahan lelaki Indonesia bersama aset RM1.5 juta di Sarikei 0 5839

SARIKEI: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan bersama aset kegiatan pembalakkan bernilai 1.5 juta ringgit dibawah Akta Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan Hidupan Liar.

Menurut kenyataan media oleh Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 ACP Salehuddin Mat Zaman antara aset yang dirampas ialah jengkaut, mesin memproses papan, janakuasa, pelbagai kayu telah diproses dan tiga ekor Burung Murai Batu.

Jelasnya tindakan dilakukan selepas satu operasi bersama Polis dan Jabatan Hutan Sarawak di sebuah kilang tidak bernombor di Jalan Padang Tembak Kilometer 18 Sungai Paoh Sarikei pukul 10.20 pagi semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut menjalankan kegiatan memproses papan lapis disyaki beroperasi secara haram.

Kes dan aset tersebut diserahkan kepada pihak Perhutanan Sarikei untuk siasatan dan tindakan lanjut dibawah Ordinan Perhutanan 2015, manakala tiga ekor burung Murai Batu diserahkan kepada Wild life,Sarawak Foresty Kuching untuk perlindungan.

Pekerja warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja bagaimanapun diserahkan kepada Balai Polis Jakar untuk tindakan selanjutnya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13562

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8158

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news