Arsenal dan Chelsea menang besar 0 5994

PARIS: Pasukan dari London, Chelsea dan Arsenal menang besar dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi dengan gergasi Glasgow, Celtic dan Rangers pula terpaksa menunggu perlawanan terakhir untuk layak ke peringkat seterusnya.

Pengurus Arsenal, Unai Emery menyenaraikan pemain muda untuk beraksi di Ukraine dan mereka membalas kepercayaannya apabila meraih kemenangan selesa 3-0, menewaskan Vorskla Poltava.

Kejayaan itu sekali gus menjamin kedudukan Arsenal di kedudukan teratas Kumpulan E, dalam perlawanan yang dipindahkan ke Kiev, berikutan wujud kebimbangan mengenai isu keselamatan di timur negara itu.

Pemain remaja, Emile Smith Rowe dan Joe Willock masing-masing mencetak nama selaku penjaring dan satu lagi gol diraih hasil penalti Aaron Ramsey bagi memastikan kemenangan buat The Gunners.

Arsenal kini perlu mengelak daripada bertemu pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara, dalam undian peringkat seterusnya, kerana mereka mempunyai rekod yang lebih baik menentang pasukan di tempat kedua, Sporting Lisbon.

Sementara itu, jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri yang mendesak pemainnya bangkit selepas kekalahan kepada Tottenham di Liga Perdana Inggeris sebelum ini, juga berjaya mengemudi pasukan menebus kekecewaan di pentas domestik.

The Blues menewaskan PAOK Salonika 4-0, dengan dua gol hasil jaringan pemain Perancis, Olivier Giroud.

“Sasaran utama adalah untuk menang, kami perlukan tindak balas pasukan yang kuat dan kami berjaya melakukan dengan baik pada kali ini,” kata Giroud.

“Saya sangat gembira dengan semangat pasukan dan kami kini boleh bergerak ke hadapan dan mula mendapatkan momentum baru.

“Saya dapat menjaringkan gol, tetapi sebenarnya saya terpaksa menunggu untuk mendapatkan lebih peluang,” kata Giroud.

Sebelum perlawanan awal pagi tadi, Bayer Leverkusen, Zurich, Dinamo Zagreb, Arsenal, Frankfurt, Lazio dan Chelsea semuanya sudah layak ke saingan seterusnya.

Begitu juga dengan pasukan Salzburg, Sporting Lisbon, Real Betis, Zenit Saint-Petersburg, Dynamo Kiev, Krasnodar dan Fenerbahce – yang beraksi untuk memburu kedudukan selesa di carta kumpulan. – AFP

PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud (tengah) menahan bola mengatasi pemain PAOK Vieirinha pada saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi tadi. – Foto EPA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7604

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5250

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news