92 peratus penduduk Sarawak dapat elektrik 24 jam 0 5891

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited mencapai liputan bekalan elektrik 100 peratus kepada semua penduduknya, justeru ia memerlukan dana besar bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Menurut Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika ini kadar bekalan elektrik dengan liputan 24 jam ialah 92 peratus dan dijangka dapat dipertingkatkan kepada 97 peratus menjelang akhir tahun depan.

“Masih ada lapan peratus atau 26,400 isi rumah penduduk luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik 24 jam,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bagi permohonan tambahan (ALAF) di Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai batu, Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal di sini, semalam.

“Sasaran kita adalah untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang tahun 2025,” katanya.

Dr Rundi berkata, Sarawak mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan isu berkaitan bekalan elektrik kepada rakyatnya.

“Strategi membekalkan elektrik luar bandar adalah melalui sambungan Bekalan Elektrik Luar bandar (BELB) dan sambungan RPSS Grid Penghantaran untuk kawasan yang mempunyai akses jalan raya,” jelas beliau.

Jelasnya, dengan bekalan elektrik 24 jam, anak sekolah dapat belajar serta mengulang kaji pelajaran dengan persekitaran lebih baik – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news