Dipanggang Pun Sedap! Lemak Manis Rasanya, Kisah Si Ulat Sagu 0 9684

Apabila dilihat pada gambar, rupa ulat ini memang menggelikan. Sudah pasti kita takut hendak memegangnya ataupun memakannya. Inilah ulat sagu.

Ulat sagu diperoleh di dalam batang pokok sagu yang telah reput atau yang telah ditebang.

Bagi masyarakat di Mukah, Sarawak, ulat sagu ini sangat popular dan ada dijual di Pasar Tamu Mukah dengan harga RM10 sebanyak 30 ekor. Pada penggemar ulat ini, walaupun diletakkan dengan harga yang mahal mereka tetap juga sanggup membeli. Di negeri Sarawak, Mukahlah tempat yang banyak menjual ulat sagu kerana Mukah mempunyai banyak pokok sagu dan antara pengeluar sagu terbesar di Sarawak.

Cara memasaknya pula mengikut citarasa masing-masing. Ada yang dipanggang, digoreng dan juga direbus. Rasanya pula agak berlemak.

Ramai yang tidak tahu bahawa ulat sagu mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia mengandungi protein, Asid Amino, Asid Aspartat, Asid Glutamat, Tirosin dan Lisin Methionin.

Beberapa khasiat yang ditemukan pada ulat sagu yang perlu diketahui:

1. Mencegah kolestrol
2. Membekalkan tenaga kepada badan supaya tidak cepat letih atau lesu

3. Meningkatkan daya tahan badan atau Imunisasi
4. Menambah selera makan
5. Meningkatkan ghairah seksual

Siapa sangka yang ulat sagu yang mengGelikan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi. Akan tetapi, orang Islam dilarang untuk makan ulat ini.

Jangan takut atau geli. Marilah kita mencuba resipi yang baru dalam masakan seharian.

Amalkan pemakanan yang sihat kerana itu boleh menjamin kesihatan yang sihat juga

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sambal tumis sotong petai 0 5954

  • Ingredients: 1 bowl 碗 sotong (squid) 苏冬(墨鱼)
  • 1 bowl 碗 petai (stinky bean) 臭豆
  • 1/2 bowl 碗 oil 油 ( for blending 搅碎用)
  • 1/2 bowl 碗 oil 油 ( for stir fried 拌炒用)
  • 3 tbsp shallots 红葱 1 tbsp garlic 蒜
  • 1 tbsp shrimp paste 瑕膏
  • 2-3 pcs spur chillies 美人椒(big red chillies / 大辣椒 – less spicy 微辣)
  • 2-3 pcs dried Guajillo chillies 大辣椒干 (less spicy / 微辣)
  • 2-3 dried red chillies 辣椒干(spicy / 辣)
  • 1 tbsp salt 盐
  • 1/2 tbsp sugar *soak dried chillies for at least
  • 1hr 辣椒干浸泡1小时以上 * If you want more spicy, add more dried chilies. 如果要更辣可加多点辣椒干
Spread the news