DAP Sarawak fail saman terhadap Jawatankuasa Hak Keistimewaan, Speaker DUN 0 6426

KUCHING: Jawatankuasa Hak Keistimewaan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka akan diseret ke mahkamah atas tindakan mereka baru-baru ini ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PadunganΒ Wong King Wei.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP negeri di sini, hari ini.

Chong berkata pasukan undang-undang parti itu yang akan diketuai penasihat DAP Sarawak Chong Siew Chiang bakal memfailkan saman ke atas Jawatankuasa Hak Keistimewaan dan Speaker DUN dalam waktu terdekat ini.

“Kami berpendapat Jawatankuasa Hak Keistimewaan (DUN) telah bertindak menyalahi undang-undang yang akan menjejaskan keseluruhan prosiding.

“Speaker DUN juga telah bertindak di luar bidang kuasanya dan tidak adil ketika merujuk Wong kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan,” ujarnya.

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata tindakan semakan kehakiman akan difailkan dalam waktu terdekat ke atas jawatankuasa dan Speaker DUN.

Tambahnya DAP akan menfailkan saman ke atas jawatankuasa dan Speaker DUN dalam tempoh seminggu atau dua minggu dari sekarang.

“Terdapat tempoh dihadkan untuk menyemak semula kehakinan iaitu 40 hari atau enam minggu dari tarikh pendengaran, apabila tindakan dibangkitkan,” ujarnya.

Pada 18 Februari 2019, Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN melakukan sesi pendengaran bagi kes Wong yang mencabar Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar semasa persidangan DUN berlangsung, 12 November 2018.

Asfia mendakwa Wong telah mempersoalkan keadilannya ketika mengendalikan persidangan DUN November tahun lalu.

Satu usul dibentangkan oleh Asfia untuk merujuk Wong kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN tanpa dibahas oleh ahli dewan.

Wong menyangkal tindakan Asfia itu dengan hujah setiap usul dibentangkan oleh mana-mana ahli dewan perlu dibaca dan dibahas. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news