Buruh di penjara 80 tahun dan 50 sebatan kerana rogol anak kandung di Bau 0 7132

KUCHING: Seorang buruh dihukum penjara 80 tahun dan 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu.

Hakim Mohd Taufik Mohd Yusoff dan Jason Juga menetapkan keputusan itu selepas tertuduh berusia 32 tahun mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mohd Taufik memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bagi dua pertuduhan, manakala Jason memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan bagi tiga pertuduhan lagi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Fatimah Azura, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, serta memaklumkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan tertuduh dihantar ke Penjara Puncak Borneo, di sini.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan keji tertuduh yang juga warga Indonesia, terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 14 tahun pergi ke Klinik Kesihatan Serasot untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu demam pada 4 Mac lalu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa menceritakan dirinya dirogol bapa kandung sejak berusia 10 tahun ketika ibu dan ahli keluarga lain tiada di rumah.

Susulan itu, penolong pegawai perubatan yang memeriksa mangsa membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news