Tempoh pendidikan larangan merokok di tempat makan dilanjut hingga akhir tahun 0 5864

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelanjutan tempoh tersebut dibuat bagi memberikan peluang secukupnya kepada perokok untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok.

Cadangan pelanjutan tempoh pendidikan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikannya pada 16 April lepas dan disertai 10 kementerian lain dan satu wakil badan bukan kerajaan, katanya.

Dr Dzulkefly berkata jawatankuasa itu juga memutuskan agar peruntukan tambahan dipohon kepada Jemaah Menteri agar kumpulan perokok dibantu untuk berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok, mQuit.

“Penangguhan ini dibuat bagi meningkatkan usaha kerajaan untuk membantu perokok berhenti merokok kerana memahami kesukaran perokok untuk menghentikan tabiat ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang bermula pada 1 Januari 2019 telah mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat.

Beliau berkata melalui tinjauan yang telah dijalankan, rata-rata masyarakat telah mematuhi larangan ini secara baik dan ia telah dapat memberikan impak yang positif dengan semakin ramai warga Malaysia dapat menikmati udara bersih dan persekitaran tempat makan yang lebih selesa.

“Ini menunjukkan komitmen rakyat Malaysia mematuhi peraturan ini bagi memastikan kesihatan dan keselesaan semua orang ketika menikmati makanan di tempat awam,” katanya.

Menurutnya, kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bermula pada 1 April hingga 17 April melibatkan 173 tempat makan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan kebanyakan masyarakat sudah mula tidak merokok di kawasan yang diwartakan.

Katanya, impak positif juga dapat dilihat berkaitan bilangan perokok berdaftar untuk berhenti merokok di laman web jomquit.moh.gov.my yang meningkat kepada 580 orang bermula Januari hingga April 2019, berbanding purata 428 orang bagi tahun–tahun sebelumnya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news