Lelaki dikhuatiri hilang ketika mencari ketam 0 5901

LIMBANG: Seorang lelaki dilaporkan hilang semasa mencari ketam selepas bot yang dinaikinya ditemui oleh penduduk kampung tanpa pengemudi.

Mangsa dikenali sebagai Jimney Abdullah @ Tan Hui Ming, 48, dipercayai jatuh ke dalam air semasa mencari ketam berhampiran Kuala Sungai Sibukang, Pandaruan, dekat sini, yang bersempadan dengan negara jiran, Brunei.

Laporan polis dibuat oleh ayah mangsa, selepas dimaklumkan oleh orang kampung, bahawa mereka menemui perahu milik mangsa sekitar pukul 12 tengah hari tadi, namun tiada orang mengemudikannya.

Pihak polis serta pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, dengan dibantu oleh orang kampung kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Pihak Bomba dan Penyelamat Limbang juga turut menghubungi dan memaklumkan pasukan Bomba negara Brunei dan Jabatan Laut Malaysia berkenaan kejadian untuk bantuan mencari dan menyelamat mangsa – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news