Warga emas disamun selepas ditawar khidmat seks 0 6050

Warga emas disamun selepas ditawar khidmat seks

SIBU: Seorang lelaki warga emas kerugian wang tunai RM800 serta hilang dokumen pengenalan diri apabila disamun tiga lelaki pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit (gambar) berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari di hadapan sebuah rumah tumpangan di Jalan Central di sini.

Stanley berkata, mangsa yang berumur 67 tahun berkunjung ke rumah tumpangan tersebut bersama seorang wanita selepas ditawar khidmat seks dengan bayaran RM50 hingga RM60.

“Tiba-tiba mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan telah didatangi tiga lelaki dan meminta duit.

“Salah seorang daripada lelaki terbabit telah seorang mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Stanley, pada mulanya mangsa yang baru sahaja mendapat gaji telah menyerah wang tunai sebanyak RM50 namun ditolak oleh suspek.

Suspek kemudian bertindak agresif dengan merampas dompet milik mangsa dan terus melarikan diri.

Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian bergegas ke Pondok Polis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu untuk membuat laporan.

Katanya, tiada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-UtusanBorneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13131

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12504

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news