Mayat rentung terbakar di Pending: Pembunuh terus dijejaki 0 6395

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berazam menyelesaikan kes pembunuhan dengan mengenal pasti rangka individu yang rentung teruk, serta menjejaki pembunuhnya

Pada Ahad, rangka manusia dengan kesan terbakar ditemui orang awam di Jalan Pelabuhan, Pending.

Dua orang pencari besi buruk oleh dua lelaki dari Bintawa.

Selepas mesyuarat intensif, beberapa anggotanya diketuai Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai bersama-sama anggota dari Unit Anjing Pengesan Polis (K9) berada di lokasi sejak jam 10 pagi.

Tujuan hanya satu: Tekad menjejaki pembunuh kejam dan identiti mangsa.

Anggota terbabit juga cuba mengesan senjata yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan.

Sampel tanah di lokasi turut diambil bagi mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Denis berkata, pihaknya hanya dapat mengesahkan mayat tersebut ialah mayat orang dewasa, namun identitinya belum dapat dipastikan.

“Pembunuhnya tidak mahu kami mengenal pasti mayat, justeru merencatkan kemajuan kes ini. Tetapi kami pasti akan dapat mengenal pasti dan menjejaki pembunuh,” katanya.

Denis menyeru orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau memberi jaminan, identiti mereka akan dirahsiakan. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13915

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13073

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news