Dua adik beradik antara didakwa lakukan rogol berkumpulan di Pantai Lundu 0 7186

KUCHING: Tujuh lelaki termasuk dua beradik, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang rakan perempuan mereka di pantai pada Julai lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 29 tahun dari Lundu itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Mereka dibebaskan dengan jaminan mahkamah berjumlah RM10,000 dan jaminan tunai berjumlah RM2,000 setiap seorang dengan dua penjamin yang beralamat tetap dan bekerja.

Bagi pesalah bawah umur, mahkamah menetapkan agar penjamin terdiri daripada ibu bapa mereka sendiri.

“Sebagai tambahan, kesemua tertuduh diarah untuk melaporkan diri ke Balai Polis Lundu serta diarahkan untuk tidak menghubungi atau mendekati mangsa dan keluarga mangsa sama ada secara peribadi atau melalui ejen,” ujar Hakim Jason.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun di Pantai Pandan Lundu, pukul 9 malam pada 7 Julai lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiga daripada tertuduh merupakan remaja bawah umur berusia 17 tahun. Manakala selebihnya berusia 20, 21, 24 dan 29 tahun.

Terdahulunya, DPP Nurfadzlin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh kerana kesalahan berkenaan tidak dibenarkan jamin di samping khuatir sekiranya tertuduh mengugut mangsa agar menarik balik laporan yang dibuat terhadap mereka.

Namun menurut peguam Hani Iryani yang mewakili tiga daripada tertuduh, masing-masing berusia 20, 24 dan 29 tahun, adalah tidak adil bagi anak guamnya sekiranya mereka tidak dibenarkan ikat jamin.

“Mereka tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah sebelum ini.

“Tambahan pula, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang penyiasatan dijalankan.

“Anak guam saya juga berjanji tidak akan mendekati mangsa dan keluarganya. Malah, jarak antara kampung mangsa dan anak guam saya adalah sejauh 20 kilometer,” ujarnya kepada mahkamah sambil menambah, dua daripada anak guamnya merupakan adik beradik yang kini sedang membantu bapa mereka di ladang kelapa sawit.

Empat tertuduh yang lain tidak diwakili peguam. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13072

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news