Bayar cukai jualan: Petronas diberi masa hingga akhir Oktober 0 6077

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi tempoh sehingga penghujung Oktober ini untuk Petronas memberi jawapan mengenai pembayaran cukai jualan lima peratus terhadap minyak dan gas.

Demikian tegas Speaker Dun, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Perunding MA63 yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dun, semalam.

Katanya, isu minyak dan gas adalah tuntutan utama Kerajaan Sarawak untuk menikmati hak istimewa seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Setiap perbincangan harus ada kata putus dan sampai bila kita perlu berbincang tanpa keputusan?

“Oleh itu, kita memberi tempoh sehingga penghujung Oktober depan untuk Petronas memberi keputusan bagi membayar cukai jualan terhadap minyak dan gas,” katanya. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news