Lebuhraya Borneo Utara ditamatkan sebagai Rakan Pelaksana Projek Pan Borneo 0 5870

KUCHING: Peranan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak telah ditamatkan, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Menurut Baru, keputusan telah dibuat dan surat mengenai penamatan ini dikeluarkan pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun menurut Baru, semua kontrak pakej kerja (PWC) utama bagi projek ini masih berjalan seperti biasa.

“Semua kontrak utama PWC masih berjalan dan tidak timbul isu mengenai penamatan kontraktor. Setahu saya sebaik peranan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) sebagai PDP ditamatkan, semua PWC perlu diperbaharui,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Sarawak di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama antara beliau mewakili Kerajaan Persekutuan dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Kerajaan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Baru berkata beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek-projek di negeri ini terutama melibatkan projek pembangunan kesihatan.

“Saya sangat gembira terutama dengan perkembangan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dimana mereka telah melihat semua klinik dan hospital di seluruh Sarawak.

“Melihat kepada kelemahan yang dihadapi sebelum ini, kita sekarang melihat bagaimana dapat mengatasi kelemahan ini dan melaksanakan semua projek kesihatan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan Hospital Lawas, Baru berkata Hospital Lawas termasuk Miri dan Petra Jaya akan dikeluarkan tender tidak lama lagi.

“Untuk Hospital Petra Jaya ia jelas tender akan dikeluarkan tahun depan bermakna ia akan dilaksanakan. Manakala Hospital Sri Aman mereka bercakap mengenai tarikh siap pada Januari 2020 tetapi saya memberitahu adalah lebih baik dipercepatkan dan berharap tidak ada kelewatan lagi,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13072

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news