PM minta diberi lebih masa tunai janji 100 hari 0 5626

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai memberikan lebih masa untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan manifestonya.

Beliau berkata janji itu dirangka berdasarkan maklumat yang ada pada mereka ketika itu tetapi keadaan kerajaan “jauh lebih teruk” berbanding jangkaan awal.

“Manifesto ditulis dengan apa yang kita tahu tentang kerajaan (sebelumnya). (Sekarang) Kami dapati keadaan jauh lebih buruk, jauh lebih banyak wang yang dipinjam.

“Ada kala kerajaan perlu diubah, kita tidak boleh (bekerja dengan berkesan) dalam keadaan yang tidak sesuai untuk apa yang kita mahu lakukan. Jadi kita kena buang orang. Semua perkara ini menghalang perkembangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, ada juga perkara yang perlu mendapat kelulusan Parlimen – seperti merangka rang undang-undang – dan ia tentunya mengambil masa. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15235

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news