Sarawak biayai sendiri Projek Jalan Raya Lingga-Sri Aman-Betong 0 5970

SRI AMAN: Tidak mahu terus dibuai mimpi dan enggan menunggu itik bertelur emas, Sarawak akan membiayai sendiri projek pembinaan jalan raya Lingga -Sri Aman-Betong.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dalam konteks projek ini, Kerajaan Negeri tidak mahu lagi menunggu peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan menggunakan dana sendiri untuk merangkaikan jalan raya di ketiga-tiga wilayah terbabit,” katanya selepas merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2018 petang tadi.

Katanya, projek ini pernah berada dalam senarai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah namun tidak pernah dilaksana.

“Namun projek-projek ini penting kerana ia akan dapat merancakkan lagi proses pembangunan luar bandar di ketiga-tiga wilayah berkenaan, terutama Sri Aman.


“Sri Aman kini sudah pun membangun disebabkan oleh penganjuran Pesta Benak dan ia jalan raya ini akan merancakkan lagi kehadiran pengunjung,” tambahnya.

Satu lagi projek penting yang akan dirancangkan di sini ialah Jambatan Batang Lupar, yang menelan biaya RM1 bilion.

Sebelum Kerajaan Persekutuan bertukar, projek ini dicadangkan dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Abang Johari sebelum itu menghadiahkan warga Sri Aman dengan peruntukan RM7 juta untuk menaik taraf Dewan Suarah Sri Aman dan RM5 juta untuk projek naik taraf Pasar Tamu yang baharu di bandar bersejarah ini.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news