Sukarelawan selamatkan pokok besar di tebing sungai Dalat 0 5367

Sukarelawan selamatkan pokok besar di tebing sungai Dalat

SIBU: Sebatang pokok besar di tebing sungai Dalat yang tumbang akibat hakisan tanah telah berjaya diselamatkan pada Ahad lalu.

Pokok tua tersebut kini kembali berdiri megah di bawah sinaran mentari sebagai lambang penjaga kota Dalat di tebing sungai.

Inisiatif mulia ini diusaha-kan Loh Yu Yee yang lahir di kawasan pesisiran pantai tersebut.

Loh telah berpindah ke Sibu setelah berkahwin, tetapi sering berulang-alik bagi mengunjungi ibu bapa dan saudaranya.

Setiap kali pulang, pokok besar itu seakan-akan me-nyambut kehadirannya.

“Dalam masa enam hari, kami berjaya mengangkat keluar pokok berkenaan dari sungai.

“Ini semua atas kerjasama penduduk Dalat di sini,” katanya.

Loh berkata, pasukan penyelamat pokok berkenaan diketuai Ahli Majlis Goh Kian Seng, Kapitan Goh Lee Fong dan Penghulu Ling Chin Kiew.

“Sebaik sahaja mengetahui nasib malang menimpa pokok itu, mereka tidak membuang masa dengan terus mencari dua kapal tongkang dan jengkaut sebelum meminta bantuan penduduk tempatan,” katanya.

Loh juga tersentuh dengan keprihatinan sekumpulan pemain jetski yang merupakan rakan Penghulu Ling yang tiba dari Sibu pada hari tersebut untuk memberi sokongan moral kepada para sukarelawan.

Beliau juga berkata, mereka mendapat banyak tajaan makanan dan minuman daripada pelbagai pihak yang turut menyatakan sokongan terhadap usaha mereka itu.

Beliau berkata, setelah misi selesai penduduk Dalat menawarkan diri untuk membersihkan lokasi tersebut.

“Misi penyelamatan berubah menjadi urusan keluarga ketika semua orang berusaha keras.

“Kami juga beruntung diberkati dengan cuaca yang baik pada hari itu,” katanya. – Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news