‘Arwah isteri terlalu inginkan anak perempuan’ 0 5789

‘Arwah isteri terlalu inginkan anak perempuan’

TAIPING: “Arwah memang terlalu inginkan anak perempuan dan teruja apabila mengandungkan bayi perempuan sebab anak pertama kami lelaki, …namun tidak sangka dia ‘pergi’ bersama anak yang dikandungnya.”

Demikian luah Muhamad Nor Syahiddan Mohd Yunos, 28, yang sepatutnya teruja menantikan kelahiran anak kedua semalam hasil perkongsian hidup dengan Nur Shamira Roslan, 25.

Namun takdir Ilahi mendahului segalanya apabila Nur Shamira meninggal dunia Ahad lalu akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, sehari selepas melahirkan bayi perempuan mereka yang sudah tidak bernyawa sewaktu dalam kandungan.

Muhamad Nor Syahiddan berkata, tarikh jangkaan bersalin Nur Shamira sepatutnya adalah semalam (21 Oktober), iaitu dengan kandungan yang sudah berada pada fasa akhir.

“Ibu bapa mana yang tidak teruja menantikan kelahiran anak kedua sebagai ‘pelengkap’ sepasang anak lelaki dan perempuan. Anak sulung kami, Aisy Hafiy, sudah empat tahun dan kami teruja menanti kelahiran adik perempuan untuknya.

“Cuma tidak sangka arwah ‘bawa’ bersama anak perempuan yang terlalu diinginkannya dan ‘tinggalkan’ saya bersama dengan anak lelaki kami. Sedangkan sepanjang perkahwinan kami, arwah tidak pernah disahkan mengidap sebarang penyakit selain dari diabetes sewaktu mengandung,” katanya.

Muhamad Nor Syahiddan berkata, arwah isterinya seorang yang taat dan sangat memahami keadaan hidup mereka yang sekadar ‘cukup-cukup makan’ memandangkan mereka hanya bekerja sebagai pembantu gerai di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Ditanya mengenai perubahan tingkah laku-laku arwah, Muhamad Nor Syahiddan berkata, dua minggu sebelumnya, arwah isterinya kelihatan sering tidak bermaya melakukan rutin harian seperti bekerja dan memasak, selain kurang meluangkan masa bermain bersama Aisy Hafiy seperti kelaziman.

“Sewaktu masih sedar, arwah juga ada berpesan agar saya ‘menjaga’ Aisy Hafiy sebaik mungkin sedangkan selalunya perkataan yang digunakan adalah tolong ‘tengok-tengokkan’ abang (Aisy Hafiy), seakan-akan arwah sudah menjangka dia akan meninggalkan kami dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, dia menemani Nur Shamira pergi membuat pemeriksaan kandungan di klinik seperti biasa pada Khamis lalu (15 Oktober), namun doktor pada masa itu tidak memberitahu mengenai penyakit lain yang dihidapi arwah memandangkan ia belum dapat dikesan.

“Dua hari kemudian (17 Oktober), arwah kelihatan terlalu pucat dan sangat tidak bermaya. Fikiran saya sudah lain pada masa itu lalu terus membawanya ke hospital. Doktor memberitahu degupan jantung serta nafasnya sudah sangat perlahan manakala degupan jantung bayi yang dikandung sudah tiada.

“Saya reda apabila doktor memberitahu (mayat) bayi kami terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan dengan keadaan arwah isteri pada masa itu sedang kritikal yang menyebabkannya dipindahkan ke wad ICU (unit rawatan rapi) Hospital Taiping.

“Namun pada jam 9.30 malam Ahad lalu, doktor menghubungi saya menyatakan jantung arwah sudah berhenti berdegup. Saya cuba kuatkan semangat untuk menghubungi semua adik-beradik serta ibu dan ayah, sebelum diberitahu isteri saya sudah tiada pada jam 10.35 malam itu juga,” katanya.

Jenazah kedua-dua isteri dan anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Cheh, Bukit Gantang pada Isnin lalu. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news