KUALA LUMPUR: Bagi golongan sasar penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), apa juga bentuk sumbangan dan ingatan ke arah meringankan beban ditanggung, diterima bagaikan bulan jatuh ke riba.
Kecil atau besar tidak menjadi ukuran hakiki kerana jumlah diperuntukkan dimanfaatkan mengikut keperluan.
Noradilah Rani, 33, dari Pangsapuri Desa Datuk Hajah Hasanah, Johor Bahru, menjadi ibu tunggal kepada enam anak berusia satu hingga 11 tahun sejak Mac lalu, selepas kematian suami akibat COVID-19.
Bagi menampung kehidupan, beliau berniaga ayam gunting kecil-kecilan di Jalan Antoi, Majidee dan saluran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menghilangkan kegusaran untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak.Β – Berita Harian