Jenazah Allahyarham Mahadzir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.
KUALA LUMPUR – Jenazah pengacara tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.
Lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, rakan-rakan media hadir pada upacara pengebumian.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Kolej Islam Malaysia (Masjid UIA PJ), Petaling Jaya kira-kira pada pukul 9.15 pagi.
Jenazah telah dibawa pulang dari Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 9.25 malam semalam menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan menggunakan pesawat MH2639 dan tiba di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada pukul 2 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi semalam. – K! ONLINE