Sibu: Mayat seorang wanita yang juga penjawat awam sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu ditemui di bilik sewanya di Jalan Tiong Hua, di sini petang tadi.
Lebih menyayat hati mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat, oleh rakan sekerjanya yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.
Difahamkan, rakan sekerja mangsa ke bilik sewanya selepas seharian gagal dihubungi, selain tidak hadir bertugas sejak jam 12 tengah hari tadi, selain bimbang sesuatu tidak diingini menimpa rakannya itu.
Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk dibedah siasat