Perlis pun mahu royalti petroleum – Shahidan Kassim 0 5659

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan dituntut untuk mengagihkan royalti petroleum kepada semua negeri pengeluar termasuk Perlis.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, gesaan tersebut merujuk undang-undang tanah di Semenanjung bahawa kawasan negeri yang melebihi tiga batu nautika sehingga 200 batu nautika adalah milik kerajaan pusat iaitu Zon Bebas Ekonomi (EZ)

Menurutnya, keuntungan daripada tiga hingga 200 batu nautika itu perlu diagihkan kepada semua negeri termasuk Perlis.

“Hal ini bererti minyak yang dikeluarkan dalam kawasan ini adalah kepunyaan Petronas dan oleh itu agihan minyak dan royalti mesti dibuat kepada negeri-negeri lain.

“Perkataan negeri pengeluar minyak maksudnya negeri dalam 200 batu nautika, maksudnya bawah kerajaan pusat. Oleh itu, hendaklah diagihkan bersama termasuk Negeri Perlis,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Shahidan berkata, ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Perlis, perkara ini telah diusulkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Semasa saya jadi Menteri Besar Perlis, saya bawa perkara ini, kerajaan pusat beri pada negeri dalam bentuk wang ehsan jadi kita nak hak kerajaan pusat diagih kepada negeri-negeri.Perkataan negeri disalah tafsirkan iaitu lebih tiga batu nautika.

“Berhubung Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan saya sokong sepenuhnya dan apa yang menteri kata dalam dewan, itu yang kami jawab dulu. Tapi sebab manifesto PH jadi mereka kena tunaikanlah tuntutan negeri-negeri pengeluar minyak.

“Tapi kami negeri-negeri lain menuntut kerajaan pusat beri pada negeri-negeri minyak yang diterokai lebih tiga batu nautika sehingga 200 batu nautika. 

Pada 2012 lalu, Shahidan buat pertama kalinya menuntut bayaran royalti jika kerajaan pusat membayar kepada Kelantan.

Katanya, jika kerajaan pusat memenuhi tuntutan Kerajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.

“Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

“Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dari pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat,” katanya.

Menurutnya, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news