Kita tidak menakut-nakutkan pejuang NCR – Douglas Uggah 0 5709

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menyangkal dakwaan mengatakan beliau cuba ‘menutup mulut’ pejuang-pejuang tanah hak adat Bumiputera (NCR).

“Objektif saya ialah meminta peguam saya mengeluarkan Surat Tuntutan kepada (Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak) Vernon Kedit hanya untuk membersihkan nama saya.

Dalam satu artikelnya, mendedahkan ‘Uggah, di mana dia bukan hanya menyebut pengkhianat, tetapi sekarang secara rasmi pembohong’.

“Bagi saya itu adalah tuduhan yang sangat serius, fitnah, hasutan dan sangat berniat jahat,” tegasnya.Uggah yang berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama The Borneo Post sebagai respon kepada kenyataan Vernon dalam sidang media, hari ini.

Uggah menunjukkan salinan artikel Vernon yang merupakan Ketua Penerangan PKR Sarawak yang dipaparkan dalam Facebook dan disebar menerusi aplikasi telefon pintar WhatApps dan khidmat pesanan ringkas.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata apa yang dikatakan oleh Vernon sangat tidak baik dan tidak boleh diterima, dan tuduhan seperti itu jika tidak diperbetulkan akan menjadi betul di mata rakyat.

“Jika saya tidak membersihkan nama saya, saya dianggap sebagai pengkhianat kepada komuniti Iban dan saya pembohong, saya tidak boleh menerimanya.

“Itulah sebab, saya meminta peguam saya mengeluarkan Surat Tuntutan kepada Vernon,” jelasnya. Uggah juga menasihati Vernon agar berhenti menagih simpati dengan mengatakan beliau menjadi mangsa apabila bersuara mengenai isu-isu NCR.

“Mengenai jawapannya bahawa saya cuba ‘menutup mulutnya’ kerana dia memperjuangkan tanah NCR, ia adalah cubaannya untuk mengalih tumpuan daripada isu sebenar.

“Isu sebenarnya ialah dia mesti menjelaskan kepada saya kenapa dia menggelar saya pengkhianat dan pembohong,” ujarnya.

Uggah berkata Kerajaan Sarawak sangat bertoleransi suara-suara rakyat dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan menentang suara rakyat yang menyuarakan ketidakpuasan mereka asalkan ia tidak melanggar undang-undang.

” Beberapa bulan lalu kami mendengar banyak suara, banyak pendapat, banyak ungkapan sama ada dalam media cetak dan sosial, malah ada yang akan mengadakan demonstrasi menyatakan pandangan mereka mengenai tanah NCR.

“Kami tidak mengambil sebarang tindakan kerana kami tidak mahu menakut-nakutkan rakyat yang menyuarakan pandangan mereka. Ini adalah demokrasi,” tegasnya.

Uggah turut menegaskan kerajaan negeri Sarawak tidak menyekat rakyat menyuarakan pendapat mereka dan hak-hak rakyat bersuara dihormati di bawah demokrasi.

“Jadi, janganlah alihkan isu ini dan cuba menggambarkan yang kita (kerajaan negeri) menakut-nakutkan dan mahu menghentikan seseorang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu-isu NCR,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news