Sabtu malam esok, berlaku gerhana Bulan paling lama abad ini 0 5553

KUALA LUMPUR: Khusuf bulan penuh atau gerhana berlaku esok malam, Sabtu, 28 Julai bermula 1.14 pagi hingga 7.28 pagi — merupakan gerhana bulan penuh paling lama berlaku pada abad ke-21

Gerhana bulan penuh berlaku apabila Matahari, Bumi serta Bulan berada pada kedudukan sebaris dengan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

Sema gerhana berlaku, Bulan perlahan-lahan bertukar dari warna putih mutiara kepada warna kemerah-merahan dan kembali kepada warna asalnya dalam tempoh lima jam.

Berikut ialah maklumat berkaitan gerhana tersebut mengikut sumber Agensi Angkasa Negara (Angkasa):

1.14 pagi – gerhana bermula
2.24 pagi – separa gerhana
3.30 pagi – gerhana penuh
4.21 pagi – gerhana maksimum
5.13 pagi – gerhana penuh berakhir
6.19 pagi – gerhana separa berakhir
7.28 pagi – penumbra berakhir

Gerhana dapat dilihat meliputi sebahagian besar Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Pada awal pagi 28 Julai ini, Bulan berada sejauh 400100 kilometer dari Bumi, disifatkan menghampiri jarak terjauh Bulan dari Bumi.

Ini bermakna, saiz bulan secara relatifnya lebih kecil ketika purnama nanti.
Berbanding ketika berlakunya gerhana bulan penuh 31 Januari lepas, saiz muka Bulan ketika itu lebih besar berbanding saiz muka Bulan pada Julai ini.

Bagi umat Islam di Malaysia, solat sunat gerhana bulan (khusuf) yang merupakan sunat muakad dapat dilakukan sebaik sahaja tompokan hitam mula kelihatan dengan jelas sekitar 2.24 pagi sehingga gerhana berakhir sekitar 6.19 pagi.

Fenomena kali ini berlaku ketika waktu puncak iaitu bermula sepertiga malam, umat Islam di Malaysia berpeluang menghidupkan awal pagi dengan qiamullail dan membaca al-Quran serta selawat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news