Lencana, gelang pengenalan penting buat jemaah haji 0 5631

Jemaah haji diseru untuk sentiasa memastikan lencana berserta gelang pengenalan diri yang dibekalkan pihak Tabung Haji (TH) berada bersama mereka ketika sepanjang mengerjakan haji di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Mekah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata kedua-dua item penting yang juga bertindak sebagai pengenalan diri ini harus dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjakan haji kerana ia adalah pengganti kepada passport mereka.

“Jemaah haji perlu menganggap kedua-dua barang ini sebagai dokumen yang sangat penting dan dijaga sebaik mungkin bagi mengelakkan ia tercicir atau hilang,” katanya pada sidang media di Mekah hari ini.

Sepanjang berada di Tanah Suci, beliau berkata lencana serta gelang pengenalan diri itu digunakan sebagai pengenalan diri kerana passport jemaah akan dipegang pihak berkuasa Arab Saudi.

Katanya pada kedua-dua barangan tersebut terdapat butiran peribadi jemaah bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan atau orang luar memberi bantuan sekiranya mereka ditimpa masalah dan gagal menghubungi petugas TH.

Sekiranya kedua-dua dokumen tersebut didapati hilang atau tercicir, Ahmad Sohaimi meminta jemaah agar segera membuat laporan kepada kaunter perkhidmatan pelanggan TH yang berdekatan dan akan diganti dengan dokumen baharu serta-merta.

“Setiap laporan kehilangan akan direkodkan dalam sistem kita untuk melihat trend bagi punca kehilangan dokumen-dokumen tersebut, adakah disebabkan oleh kecuaian jemaah atau kualiti untuk tujuan penambahbaikan.

“Sekiranya hasil laporan mendapati kebanyakan jemaah cuai dan menganggap bahawa dokumen itu tidak penting, kita akan tingkatkan kesedaran dalam kalangan mereka untuk menjaga kedua-dua item tersebut,” katanya.

Setiap lencana pengenalan diri tertera nombor passport jemaah, logo TH serta Jalur Gemilang dan nombor maktab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Pada gelang tersebut pula terdapat nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya ingin mendapatkan bantuan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dwi-kunci bagi mengurangkan risiko ia daripada tercicir atau tertanggal.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15238

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news