GPS Platform Terbaik Lindungi Kepentingan Sarawak 0 5609

KUCHING – Sarawak mempunyai platform yang lebih baik dan kuat untuk menyuarakan pendapat secara bebas bagi melindungi kepentingannya menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata masa depan Sarawak ditentukan oleh Petra Jaya dan bukannya Putrajaya.

Justeru dengan politik Sarawak yang bebas pada hari ini menerusi GPS, beliau percaya Sarawak mempunyai platform yang lebih baik dan kuat untuk menyuarakan pendapat.

“Saya mahu menegaskan semula di sini bahawa tiada keperluan untuk Sarawak keluar dari Malaysia.

“Tetapi berada dalam Malaysia tidak bermaksud kita tidak boleh meminta hak-hak perundangan kita berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini semalam.

Tambah Abang Johari, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah berakhir dan semua maklum bahawa kerajaan baharu telah mengambil alih Putrajaya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad katanya, berada di Kuching baru-baru ini bagi lawatan pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sarawak katanya, mengalu-alukan kedatangan beliau (Dr Mahathir) ke Kuching dan berpeluang memberikan taklimat kepadanya mengenai pembangunan di Sarawak.

“Lawatan beliau (Dr Mahathir) adalah testimoni bahawa kerajaan negeri dapat membina hubungan kerjasama yang kukuh dengan kerajaan persekutuan meskipun tidak sama platform politik.

“Sarawak memerlukan perhatian daripada kerajaan persekutuan bagi memastikan pembangunan yang berterusan bagi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya di hadapan ribuan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum yang hadir meraikan sambutan tersebut.

Sambutan bagi memperingati Hari Kemerdekaan Sarawak daripada Koloni British semalam telah dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan-barisan menteri kabinet negeri dan menteri persekutuan dari Sarawak yang lain. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13718

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8163

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news