Rais: Apa pentingnya murid tukar kasut hitam? 1 5770

Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim keputusan Kementerian Pelajaran yang membuat peraturan baru bahawa mulai tahun depan murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda hal ehwal yg lebih pentingkah?” soalnya dalam ciapnya di Twitter.

Bagi Rais yang juga adalah bekas menteri, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara atau masalah yang lebih mendesak.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya.

Secara sinis beliau juga menyindir Menteri Pelajaraan Dr Maszlee Malik yang semalam mengumumkan bahawa mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.

“Gudang kasut tentu gembira – 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta,” kata Rais.

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunaan kasut putih.

“Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih,” katanya.

Sementara itu ciapan Rais itu mendapat sambutan daripada pengguna warga maya yang menyokongnya.

Antaranya, adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang juga adalah bekas pemimpin PKR yang berpendapat keputusan itu bakal membebankan golongan miskin.

“Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibubapa,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Saya sokong Tan sri itu tdk penting,yg penting ketat kan disiplin sekolah dan ada byk lagi yg harus dibuat,tukar warna kasut tdk penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news