Lelaki mati dalam keadaan leher diikat tali buaian bayi di Miri 0 5783

MIRI: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditemui mati dalam keadaan leher diikat dengan tali buaian bayi di dalam bilik tidur utama sebuah rumah di Jalan Pujut Satu di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri DSP Aldrin Junaidi Kutoi ketika dihubungi berkata mangsa dikenali sebagai Abdah Abon disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 11.45 pagi.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan atau senjata yang boleh digunakan mendatangkan kecederan ataukematian dijumpai di sekitar tempat kejadian (dalam bilik).

“Mangsa mempunyai seorang isteri dan anak namun semasa kejadian, isteri dan anaknya berada di kampung di Bekenu untuk mengutip buah sawit,” katanya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut. Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news