Akaun peribadi Najib tak lagi dibekukan 0 3190

Oleh Mohd Azam Shah 

KUALA LUMPUR: Akaun perbankan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan pihak berkuasa selepas mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM berkata, penarikan pembekuan itu dibuat sejak semalam lagi selepas mendapati ia juga tidak berkait dengan siasatan terhadap anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Betul, sejak semalam lagi, akaun peribadi milik Najib sudah tidak lagi dibekukan pihak berkuasa kerana siasatan mendapati, ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC,” katanya, ketika dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut membabitkan akaun lain termasuk milik anak Najib, sumber berkenaan berkata, tidak mempunyai maklumat mengenainya namun tidak menolak kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga sudah ditarik balik.

“Tidak pasti mengenai akaun lain itu, mungkin ada tapi tiada maklumat mengenainya, namun yang pasti, ada banyak akaun lain yang masih dibekukan dan sedang disiasat,” katanya.

Pada 2 Julai lalu, SPRM mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan SPRM.

Pembekuan akaun bank itu turut membabitkan 81 individu serta 55 syarikat dan dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu.

Kesemua akaun dibekukan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB membabitkan kira-kira 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 hingga September 2015. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news