Perlawanan Pacquiao-Matthysse disiar secara langsung di RTM esok 0 3203

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlawanan di antara legenda tinju Filipina Manny Pacquiao menentang juara bertahan welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse.

Pertembungan dua juara itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil besok dan siaran langsung melalui saluran RTM1 akan dapat disaksikan bermula jam 8 pagi.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Setelah lebih empat dekad, peminat sukan tinju berpeluang menyaksikan perlawanan tinju Fight of Champions yang bakal menjadi pertarungan tinju terhebat (yang diadakan) di negara ini selepas pertembungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada tahun 1975.

“RTM sekali lagi mengulangi sejarah pada tahun ini dengan menyiarkan siaran langsung perlawanan antara juara tinju lapan kali, Manny Pacquiao dan juara dunia, Lucas Matthysse dari Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.

Azlan Mubin akan berperanan sebagai pengacara di studio sementara Rasdi Jumaat sebagai pengulas bagi siaran langsung perlawanan itu.

Ia juga boleh diikuti menerusi perkhidmatan TV digital myFreeview di Saluran 111 RTM HD.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte turut dijangka akan hadir bagi menyaksikan pertandingan secara langsung esok.

Sementara itu, dalam acara menimbang berat badan kedua-dua petinju, penyokong Pacquiao menyanyikan lagu kebangsaan Filipina sebaik nama jaguh sukan negara mereka dipanggil naik ke pentas.

Acara itu dilangsungkan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Kuala Lumpur, pagi ini.

Pacquiao, yang memegang jawatan senator di Filipina dan turut dikenali sebagai Pac-Man merekodkan berat badan 146 lbs (66.2kg) sementara Matthysse 146.7 lbs (66.5kg).

Sejak Rabu, ratusan penyokong Pacquiao telah berkumpul di salah sebuah hotel di ibu kota, yang turut menjadi tempat penginapan juara tinju itu.

Difahamkan mereka turut menemani Pacquiao di beberapa sesi bersama peminat dan juga sesi latihan terakhir di salah satu taman di Kuala Lumpur semalam.

Salah seorang penyokong Pacquiao memberitahu Malaysiakini bahawa majoriti daripada mereka berasal dari General Santos City, tempat kelahiran Pacqiao, di Pulau Mindanao, Filipina.

Selain dari Pacquiao dan Mathysse, senarai perlawanan esok turut bakal menyaksikan pertembungan antara atlit tinju Malaysia, Aiman Abu Bakar, 26, menentang lawan dari Indonesia, Abdi, dalam empat pusingan bagi kategori featherweight. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news